Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata perkara itu adalah berdasarkan rekod pemilikan tanah FLC pada tahun 2019 dan semakan pembangunan tanah oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS).. Foto: TVS

DUN: Seluas 35,635 hektar tanah di kawasan Krian diluluskan untuk NCR

ByMarzella Sigai

KUCHING, 22 Nov: Seluas 35,635 hektar atau 88,052 ekar telah diluluskan untuk diukur perimeter di bawah Program Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Inisiatif Baharu bagi kawasan Krian setakat 31 Oktober tahun ini.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, seluas 18,504 hektar atau 45,723 ekar tanah tersebut telah diwartakan sebagai Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian) di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak.

“Daripada jumlah itu, seluas 32,705 hektar atau 80,814 ekar telah siap diukur manakala 775 hektar atau 1,915 ekar lagi akan dimulakan pengukuran pada tahun 2024 melibatkan kawasan Ulu Melupa, Krian, Saratok,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, Len berkata, untuk memastikan pengukuran lot individu dapat diproses dan dilaksanakan dengan berkesan, penuntut tanah harus bersedia untuk tanah mereka diukur dengan mengemukakan pelan kasar serta senarai nama penuntut tanah bersama-sama dengan permohonan mereka.

“Tanah yang dituntut juga hendaklah bebas daripada pertikaian dan penuntut hendaklah memastikan mereka dapat hadir semasa pengukuran di lapangan,” katanya lagi.

Selain daripada itu, menurut Len lagi, penubuhan jawatankuasa tanah atau ‘land committee’ dalam kalangan para penuntut tanah adalah amat digalakkan untuk membantu kerja-kerja persediaan sebelum, semasa dan selepas pengukuran dilaksanakan.

Untuk rekod, kawasan Kabo yang meliputi kawasan Sungai Krian dan Sungai Kabo, Saratok telah diwartakan sebagai Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian) di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak melalui Swk. L.N. 308 bertarikh 2 November 2015 berkeluasan lebih kurang 1, 032 hektar atau 2, 550 ekar.

Pengukuran lot individu ke atas sebahagian daripada kawasan berkenaan iaitu seluas 655 hektar atau 1,619 ekar melibatkan sebanyak 450 lot telah siap pada Januari 2023 dengan 90 lot telah dikeluarkan dengan surat hak milik tanah dan baki sebanyak 360 lot dalam proses untuk dikeluarkan dengan surat hak milik tanah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan