Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peraturan baharu yang berkuatkuasa 1 Januari lepas memberikan ibu yang melahirkan anak menikmati cuti bersalin 98 hari. Foto hiasan, Envato.

Parlimen: 28 majikan swasta ingkari peraturan cuti bersalin 98 hari

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) mengesahkan 28 majikan gagal mematuhi peraturan cuti bersalin selama 98 hari yang mula berkuat kuasa pada 1 Januari lepas.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata, sehingga 31 Oktober lepas, JTKSM menerima sebanyak 44 aduan.

“Daripada jumlah tersebut, 28 aduan berasas manakala baki 16 aduan adalah tidak berasas,” katanya pada sidang Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, Mustapha berkata, Kementerian Sumber Manusia menerusi JTKSM akan berusaha memastikan semua majikan di sektor swasta mematuhi pindaan cuti bersalin.

Kata beliau, Program Pendidikan Perburuhan turut diadakan bagi memberi pendedahan kepada majikan berkaitan undang – undang perburuhan negara khususnya melibatkan pindaan Akta Kerja 1955.

“Sehingga 31 Oktober 2023, sebanyak 183 Program Pendidikan Perburuhan telah diadakan di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk memberi khidmat nasihat kepada majikan secara individu atau berkumpulan, menerbitkan poster perlindungan wanita hamil dan bersalin di portal JTKSM.

“Kementerian juga melaksanakan 23,279 pemeriksaan berkanun sehingga 31 Oktober 2023, menjalankan siasatan aduan dan menyelesaikan tuntutan kes buruh yang diterima daripada pekerja dan melaksanakan tindakan pendakwaan dan kompaun jika disabit kesalahan” katanya.

Terdahulu, M. Kulasegaran (Pakatan Harapan) ingin tahu langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk memastikan semua majikan mematuhi polisi cuti bersalin serta bilangan majikan yang gagal mematuhi polisi berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan