Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada sidang Dewan Rakyat hari ini. Foto: Tangkap layar sidang parlimen

Parlimen: Tiada keperluan PM asingkan jawatan Menteri Kewangan – Rafizi Ramli

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Tidak ada keperluan untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengasingkan jawatan Menteri Kewangan kepada indivitu yang lain bagi menggalas tanggungjawab tersebut, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Rafizi berkata, tugas untuk merungkai dan memulihkan permasalahan ekonomi negara tidak seharusnya dibebani Menteri Kewangan semata-mata tetapi menjadi tanggungjawab seluruh jemaah menteri yang ada.

“Ini bukan tugas Menteri Kewangan semata-mata, ini tugas semua jemaah menteri yang ada kerana bidang kuasa reformasi pasaran buruh adalah yang berkaitan dengan Kementerian Ekonomi dan juga Kementerian Sumber Manusia, sementara yang berkaitan dengan memastikan industri kita naik ke tahap yang lebih baik adalah tanggungjawab Kementerian MITI misalnya.

“Untuk memastikan ada bidang-bidang baharu yang boleh menjadi enjin pertumbuhan baharu…itu termasuk bidang kuasa di bawah Kementerian Ekonomi dan yang lain-lain kerana sebenarnya bidang kuasa Menteri Kewangan adalah untuk menguruskan soal fiskal,” katanya ketika menjawab pertanyaan tambahan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu Muhyiddin Yassin meminta pandangan Menteri Ekonomi sama ada setuju atau sebaliknya untuk Perdana Menteri mengasingkan jawatan Menteri Kewangan itu kepada individu berkelayakan yang lain susulan kebimbangan rakyat dan penganalisis ekonomi terhadap permasalahan ekonomi negara selepas setahun Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang portfolio kewangan negara itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan