Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Elektrik 2023 akan memperkuatkan lagi fungsi Sarawak Energy Berhad (SEB) sebagai pembeli tunggal (single buyer). Foto: Sarawak Energy (FB)

DUN: RUU Elektrik 2023 kuatkan SEB sebagai pembeli tunggal tenaga elektrik

BySalasiah Safian

KUCHING, 21 Nov: Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Elektrik (Pindaan) 2023 akan memperkuatkan lagi fungsi Sarawak Energy Berhad (SEB) sebagai pembeli tunggal (single buyer) tenaga elektrik, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi.

Menurut beliau, pindaan akan memperuntukkan SEB membeli kuasa yang dijana oleh pengeluar lain dan disalurkan melalui grid penghantaran dan pengedarannya untuk membekalkan elektrik kepada pelanggan.

“Bakal pengeluar tenaga solar boleh membuat perjanjian untuk menjual kuasa kepada SEB sebagai pembeli tunggal atau, untuk menjual kuasa kepada pengguna lain di mana pembeli tunggal tidak memerlukan tenaga solar.

“Peruntukan untuk pembeli tunggal di bawah Rang Undang-undang yang dicadangkan akan tidak melanggar Akta Persaingan 2010 dan ini sejajar dengan seksyen 3(4)(a) Akta Persaingan 2010,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pembentangan RUU Elektrik (Pindaan) 2023 bacaan kali kedua di Persidangan Hari Kedua Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19, di sini hari ini.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak yakin SEB mampu menunaikan obligasi statutorinya yang dikenakan melalui pindaan yang dicadangkan.

SEB menurut Julaihi memiliki sistem penghantaran grid dan merupakan Operator Kod Grid Negeri.

“Faktor-faktor ini meletakkan SEB dalam sangat kedudukan kukuh untuk menjadi Pembeli Tunggal dan pelabur akan mempunyai keyakinan bahawa SEB akan dapat memperoleh kuasa, seperti solar atau hidro dan sumber lain, pada harga yang saksama sebaik sahaja pembangunan mereka untuk projek penjanaan kuasa tersebut selesai dan ditauliahkan,” ujarnya.

Di bawah peruntukan Seksyen 4(5) Ordinan Elektrik yang sedia ada, lesen tidak diperlukan untuk sebarang pemasangan tidak melebihi kapasiti berkadar 5 kilowatt (kW).

Jelasnya, RUU ini akan meningkatkan 5kW kepada 50kW untuk memudahkan dan mempromosikan sumber tenaga boleh diperbaharui terutamanya solar dan hidro untuk penjanaan elektrik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan