Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan rakyat di Parlimen hari ini. Foto: TVS

Parlimen: Ahli politik tunggang agama demi raih populariti – Perdana Menteri

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Wujud di kalangan ahli politik yang menjadi penunggang agama dalam isu notis petisyen yang difailkan Nik Elin Zurina dan anaknya yang dilihat sebagai usaha mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (i) Kelantan 2019.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anawar Ibrahim berkata, isu yang dibangkitkan tersebut tidak menyalahi undang-undang persekutuan dan pada masa sama kerajaan akan berusaha meningkatkan kredibiliti undang-undang syariah.

Jelasnya, kerajaan bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diperakui oleh Majlis Raja-Raja dalam usaha untuk mengangkat martabat Mahkamah Syariah.

“Yang dibangkitkan kerana ada persepsi dalam kalangan orang Islam bahawa isu ini seolah-olah mencabar syariah, persepsi ini dibangkitkan orang politik yang menunggang agama untuk memainkan isu ini padahal substantifnya isu dia apa?

“Isu dia adalah bidang kuasa di mana negeri boleh buat undang-undang yang mana harus runding dengan Kerajaan Persekutuan untuk melakukan undang- undang dan saya dari segi kerajaan kita tidak menghalang cuma biar ada ikut kaedah yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian penjawab pertanyaan tambahan kedua Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim pada sidang Dewan Rakyat di Parlimen, hari ini.

Anwar berkata, jawatankuasa itu akan meneliti dan berbincang dengan mufti serta semua pihak berkaitan bagi mendapatkan pandangan supaya ada peraturan yang boleh dilaksanakan dalam meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan