Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di Bali disambut meriah oleh wakil Persatuan Jurutera Perunding Bumiputera Sarawak (GJPBS) dan Institusi Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Sarawak di Hotel Sofitel Nusa Dua, kira-kira jam 1.40 petang tadi. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Abang Johari bakal terima Anugerah Kejuruteraan ASEAN pada CAFEO-41 di Bali

BySheera Abang Mansor

BALI, 21 Nov: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan dianugerahkan dengan gelaran ‘Felo Kehormat’ atau ‘Honorary Distinguished Fellow’ pada Persidangan Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN yang ke-41 (CAFEO-41), pada esok (22 Nov) di sini.

Penganugerahan ini menyaksikan Abang Johari sebagai individu terkemuka yang telah menyampaikan perkhidmatan cemerlang beliau dalam bidang kejuruteraan, institusi dan atau negara dengan menyandang gelaran ‘Dist. Hon. FAFEO’.

Terdahulu, Abang Johari serta rombongan tiba hari ini disambut meriah oleh wakil Persatuan Jurutera Perunding Bumiputera Sarawak (GJPBS) dan Institusi Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Sarawak di Hotel Sofitel Nusa Dua, kira-kira jam 1.40pm.

Turut mengiringi beliau adalah, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Ir Aidel Lariwoo, Setiausaha Sulit Kanan Kepada Premier Sarawak, Dato Khir Busrah dan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Dato Sri Dr. Wan Lizozman Wan Omar.

Jadual lawatan deligasi Sarawak pada malam ini adalah jamuan makan malam anjuran GJPBS seterusnya bakal menghadiri majlis perasmian CAFEO-41  di Pusat Konvensyen Nusa Dua, Bali pada esok (22 Nov).

https://youtu.be/x6fwePMBJxc

Difahamkan Abang Johari akan bersama tiga menteri dari Indonesia kemudiannya dijadualkan menyertai Forum Menteri ASEAN.

Tahun ini, Bali, Indonesia menjadi tuan rumah bagi CAFEO edisi ke-41, bermula 20 hingga 23 November 2023, dengan tema ‘Igniting Asean’s Blue Economy and Green Energy’ atau Menyalakan Ekonomi Biru dan Tenaga Hijau ASEAN.

Persidangan anjuran Persatuan Insinyur Indonesia (PII) itu dijangka menghimpunkan lebih 1,000 delegasi terdiri daripada wakil dari Indonesia, jurutera ASEAN dan wakil antarabangsa.

Sebelum ini, CAFEO edisi ke- 40 telah diadakan di Phnom Penh, Kemboja pada 5 hingga 8 Disember 2022, dengan menghimpunkan sejumlah 50 delegasi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan