Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: Parlimen

Konsert Coldplay: Anwar Ibrahim akan rujuk Mufti

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan bersama Mufti Wilayah Persekutuan berhubung isu konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung pada 22 November, esok.

Tindakan tersebut susulan terdapat gesaan daripada segelintir pihak agar konsert itu dibatalkan ekoran kemelut yang dihadapi rakyat di Palestin belum menemui titik noktah.

“Saya akan bincang dengan mufti apakah keadaan ini (penganjuran konsert) kerana ada pelobi-pelobi daripada gerakan Palestin yang menyokong dan memberikan pandangan kepada Menteri Luar (Datuk Seri Zambry Abdul Kadir) dan juga di pejabat saya, menyatakan mengapa dihalang kumpulan yang menyokong perjuangan Palestin daripada meneruskan pertunjukan,” kata beliau.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut Anwar,  band yang berasal dari United Kingdom itu antara artis antarabangsa yang menyatakan sokongan terhadap Palestin.

“Di dalam kerajaan terdahulu telah meluluskan pula penganjuran seumpama,” ujarnya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan