Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ibu negeri Sarawak, Kuching disenarai sebagai antara bandar raya terbersih di dunia. Foto, Faitullah Morni (TVS).

DUN: Kerajaan Sarawak yakin muncul sebagai hab hidrogen di rantau Asia

KUCHING, 21 Nov: Kerajaan Sarawak yakin akan muncul sebagai hab hidrogen di rantau Asia berikutan beberapa langkah dan tindakan yang telah diambil.

Timbalan Menteri Tenaga dan Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Hipni berkata, antara faktor yang mendorong pelabur asing untuk melabur dalam pelaburan langsung asing adalah disebabkan oleh kestabilan politik, selain polisi pelaburan mesra perniagaan.

“Justeru, antara indikator lain termasuklah mempunyai jentera kerajaan yang cekap, ketersediaan sumber semula jadi dan boleh diperbaharui, tenaga kerja mahir dan ketersediaan tanah untuk tujuan pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika  menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Tambah Hazland, setakat ini terdapat dua projek hidrogen yang sedang dijalankan oleh pihak SEDC di Petchem Industrial Park.

“Antara projek tersebut adalah menjalinkan usaha sama dengan konsortium syarikat dari Korea Selatan dengan cadangan pelaburan sebanyak RM11.3 bilion (USD2.4 bilion) dan Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) telah ditandatangani pada 16 Oktober 2023.

“Selain itu, kami juga menjalankan usaha sama dengan pelabur Jepun dengan cadangan pelaburan sebanyak RM8.5 bilion (USD1.8 bilion) dan Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) telah ditandatangani pada 25 Oktober 2023.

Antara projek lain adalah perkongsian dengan Petronas Technology Ventures Sdn Bhd dengan cadangan FDI sebanyak RM30 bilion (USD6.4 bilion) dan DDI sebanyak RM100 bilion (USD21.3 bilion). Jumlah pelaburan berjumlah RM130 bilion (USD27.8 juta).

“Sementara itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) sedang berbincang dengan pelabur Australia mengenai cadangan projek hidrogen bernilai RM5.6 bilion (USD1.2bilion) di Taman Perindustrian Samalaju,” ujarnya.

Tambah Hazland, kerajaan negeri akan meneruskan dasar mesra perniagaan untuk menarik lebih banyak pelaburan, terutamanya dalam pelaburan teknologi dan industri hijau selain membantu rakyat dalam meningkatkan peluang pekerjaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan