Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
(MCMC) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi berjaya memulihkan 14 daripada 41 menara pemancar telekomunikasi di beberapa kawasan Pantai Barat Sabah. Foto hiasan Envato

DUN: KPM giat sediakan perkhidmatan telekomunikasi yang baik untuk sekolah di DUN Meluan

ByFebbright James

KUCHING, 21 Nov: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus berusaha untuk mendapatkan liputan telekomunikasi yang baik untuk kegunaan sekolah-sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Meluan merangkumi Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entabai, SK Nanga Ju, SK Nanga Maong, SK Nanga Ensiring dan SK Nanga Jambu.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden Hollis, setakat ini perkhidmatan satelit di sekolah-sekolah berkenaan adalah memuaskan kecuali SK Nanga Ensiring.

“Secara amnya, perkhidmatan satelit memuaskan namun boleh terganggu akibat pelbagai faktor yang di luar kawalan seperti cuaca. Namun liputan telekomunikasi di SK Nangan Ensiring tidak memuaskan.

“Setakat ini pihak sekolah menggunakan internet-in-a box Raspberry Pi yang disediakan oleh kementerian saya. Oleh itu, untuk jangka panjang KPM akan berusaha untuk mendapatkan liputan di sekolah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Dewan Undagan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin mengenai status liputan telekomunikasi di sekolah-sekolah berkenaan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Mengenai perancangan kementerian bagi memasang perkhidmatan Starlink di sekolah-sekolah di Meluan, Harden memaklumkan kementerian setakat ini belum mempunyai perancangan ke arah itu.

“Pada masa ini, KPM belum ada perancangan untuk pemasangan Starlink kerana KPM masih mempunyai kontrak perkhidmatan dengan syarikat telekomunikasi sehingga 30 Jun 2024.

“Bagi SK Ulu Entabai, SK Nanga Ju, SL Nanga Maong, SK Nangan Ensiring dan SK Nanga Jambu pada masa ini, capaian internet adalah dengan menggunakan perkhidmatan syarikat telekomunikasi yang telah dilantik,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan