Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Komitmen Kerajaan Sarawak dalam usaha menangani isu perubahan iklim dapat dilihat menerusi pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau) 2023 pada hari ini. Foto: Envato

DUN: RUU Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau) 2023 bukti komitmen Kerajaan Sarawak

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 20 Nov: Komitmen Kerajaan Sarawak dalam menangani isu perubahan iklim dapat dilihat menerusi pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau) 2023 hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, isu perubahan iklim mampu ditangani dengan pengurangan pelepasan gas rumah hijau.

Kata beliau, Sarawak juga akan mengadaptasi strategi yang selari dengan sasaran global untuk mencapai pelepasan sifar bersih pada 2050.

“Usaha-usaha ini adalah di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang memfokuskan kepada kelestarian alam sekitar,” katanya ketika membentangkan RUU berkenaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Jelasnya, Malaysia komited mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 45 peratus menjelang 2030 malah katanya kerajaan menyasarkan untuk neutral karbon menjelang 2050, seperti dalam Perjanjian Paris 2015.

“Adalah diakui bahawa di bawah undang-undang antarabangsa, Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat perlu menjadi pihak kepada perjanjian seperti Perjanjian Paris, dan Kerajaan Persekutuan mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi peraturan di bawah perjanjian yang dimeterai oleh Malaysia.

“Namun, bagaimana tanggungjawab tersebut dipenuhi, perlu dikawal oleh undang-undang negara kita iaitu Perlembagaan Persekutuan,” ujar beliau.

Untuk rekod, delegasi Kerajaan Sarawak telah melawat Scotland untuk memahami dengan lebih mendalam tentang model United Kingdom tentang ‘penurunan kuasa’ dengan struktur pemerintahan yang serupa dengan Kerajaan Persekutuan.

Menerusi lawatan itu, delegasi tersebut memahami bahawa Kerajaan Pusat Westminster dan Kerajaan Wilayah Edinburgh mengambil pendekatan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, memulakan dan meluluskan skim untuk menangkap dan menyimpan karbon dioksida serta melaksanakan program untuk industri, agrikultur dan sektor ekonomi lain untuk beralih kepada pembaharuan tenaga atau mengurangkan penggunaan tenaga. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan