Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Golongan ibu dan anak tidak terlepas daripada manfaat Belanjawan 2024 apabila Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM16 juta untuk Bantuan Ibu Bersalin (BIB). Foto: Envato

DUN: RM16 juta untuk Bantuan Ibu Bersalin

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 20 Nov: Golongan ibu dan anak tidak terlepas daripada manfaat Belanjawan 2024 apabila Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM16 juta untuk Bantuan Ibu Bersalin (BIB).

Premier Sarawak yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, seramai lebih kurang 36,000 golongan ibu akan menerima manfaat menerusi BIB berbentuk kewangan yang berjumlah RM450 setiap seorang ibu untuk membantu mereka semasa tempoh berpantang.

Untuk memohon BIB, para ibu perlu membuat permohonan pada usia kandungan 22 minggu sehingga tempoh tiga bulan selepas bersalin.

Permohonan BIB boleh dilakukan secara atas talian di aplikasi iSarawakCare dengan memuat naik dokumen sokongan tanpa hadir ke pejabat untuk berurusan, ataupun boleh juga dilakukan secara manual di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak atau Pejabat Urus Setia BIB, Bangunan Baitul Makmur II.

“Endowment Fund Sarawak (EFS) berjumlah RM15 juta juga diperuntukkan untuk 15,000 kanak-kanak yang layak mendapat RM1,000 daripada Kerajaan Sarawak,” umum Abang Johari.

EFS merupakan bantuan dalam bentuk simpanan amanah untuk setiap kelahiran anak Sarawak bermula 2019, tanpa mengira bangsa, agama atau status sosioekonomi.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Rosey Yunus pada Jun lepas berkata, EFS bertujuan untuk membantu anak-anak Sarawak sebagai persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.

Permohonan EFS boleh dilakukan secara manual di 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak bagi yang berada di dalam Sarawak manakala untuk yang berada di luar Sarawak, permohonan dibuat dengan mengeposkan dokumen diperlukan ke Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Ibu Pejabat JPN Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan