Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Enam pesta tahunan di Belaga diharap dapat disenaraikan sebagai acara dalam Kalendar Pelancongan Sarawak mulai tahun depan. Foto, Faitullah Morni (TVS).

DUN: Abang Johari bentang bajet terbesar dalam sejarah Sarawak

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 20 Nov: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg membentangkan belanjawan terbesar dalam sejarah negeri Bumi Kenyalang, berjumlah RM12.363 bilion untuk tahun 2024.

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding peruntukan perbelanjaan bernilai RM10.797 bilion pada 2023.

Belanjawan Sarawak 2024 mencadangkan untuk meningkatkan perbelanjaan mengurus, pembangunan.

“Belanjawan 2024 akan terus berkembang untuk meningkatkan perbelanjaan kerajaan yang merangsang pertumbuhan ekonomi negara,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Belanjawan yang bertemakan ‘Pembangunan untuk Semua: Bersama, Membina Sarawak yang Sejahtera, Mampan dan Bersatu’ itu juga memperuntukkan RM7.800 bilion untuk pembangunan dan RM4.563 bilion untuk operasi.

Mengulas lanjut, Abang Johari memaklumkan pembangunan kawasan luar bandar akan terus menjadi fokus Kerajaan Sarawak selain akan menyediakan bantuan kos sara hidup di beberapa kawasan untuk mengurangkan beban kewangan golongan berpendapatan rendah dan sederhana, membuat pelaburan bersasar dan terus melaksanakan program dan projek penting untuk manfaat rakyat.

“Ini adalah bajet terbesar yang pernah diumumkan oleh Kerajaan Sarawak dalam sejarah, bukti kejayaan usaha merekayasa semula hasil kami dan pengurusan kewangan yang berhemat,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan