Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 20 Nov: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab menyamar sebagai dirinya menerusi aplikasi media sosial. Foto Facebook Fadillah Yusof.

Fadillah dedah pihak tidak bertanggungjawab menyamar sebagai dirinya di media sosial

BySharifah Anira

KUCHING, 20 Nov: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab menyamar sebagai dirinya menerusi aplikasi media sosial.

Fadillah berkata, beliau menerima laporan terdapat individu cuba melakukan penipuan dengan menggunakan gambar profilnya menggunakan nombor telefon bimbit +𝟔𝟎𝟏𝟏-𝟏𝟒𝟎𝟒𝟓𝟑𝟏𝟑.

“Beberapa rakan saya menerima mesej daripada individu yang menggunakan nombor berkenaan untuk membuka ‘whatsapp group’ dan telah memaklumkan kepada saya.

“Setelah disemak, nombor berkenaan turut digunakan di aplikasi WhatsApp dan Telegram dengan menggunakan gambar profil saya,” katanya menerusia hantaran di Facebook hari ini.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi memaklumkan, laporan telah dibuat kepada pengendali kedua – dua platform berkenaan.

“Semakan menerusi truecaller menujukkan nombor berkenaan menggunakan nama 𝐑𝐢𝐧𝐨𝐧𝐞𝐳𝐞.

“Pada masa sama terdapat individu menggunakan gambar saya untuk membuka akaun Facebook. Laporan telah dibuat kepada Facebook mengenai akaun palsu berkenaan,” katanya.

Menurut Fadillah, akaun rasmi Facebook beliau ialah https://www.facebook.com/fadillahyusof194?mibextid=ZbWKwL manakala akaun peribadi di pautan  https://www.facebook.com/fadillah.yusof?mibextid=ZbWKwLu. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan