Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: Envato

DUN: RM32 juta disalurkan perkasa bidang pendidikan di Sarawak mulai tahun hadapan

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 20 Nov: Kerajaan Sarawak memberi jaminan akan memastikan semua pelajar yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat bantuan pendidikan yang sewajarnya.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sebanyak RM32 juta disediakan untuk bantuan pendidikan itu yang akan disalurkan mulai tahun hadapan kepada seramai 40 juta pelajar.

“Yang pertama, baucer buku RM500 seorang untuk pelajar IPTA dan IPTS Sarawak bagi isi rumah berpendapatan per kapita RM1,500 sebulan dan ke bawah.

“Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada 35,000 pelajar universiti dan kolej. Sejumlah RM17.5 juta akan diperuntukkan untuk tujuan ini tahun depan, yang akan diuruskan oleh Yayasan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024, hari pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Katanya, selain baucer buku, komputer riba percuma akan diberikan kepada pelajar Sarawak yang telah berjaya mendaftar ke IPTA dan IPTS bagi isi rumah berpendapatan per kapita RM1,500 sebulan dan ke bawah.

“Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada 5,000 pelajar dengan peruntukan RM15 juta dalam Bajet kali ini,” tambahnya.

Dalam pada itu, Abang Johari turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menyediakan pembiayaan tambahan untuk tiga skim bantuan pelajar sedia ada di bawah Yayasan Sarawak.

“Geran tambahan RM5 juta untuk Program Tuisyen Percuma. Dengan jumlah tambahan ini, Program Tuisyen Percuma akan menerima tambahan peruntukan daripada RM10 juta kepada RM15 juta.

“Kumpulan sasar akan dilanjutkan meliputi Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5, sekali gus memperluaskan bilangan pelajar yang layak menerima bantuan tersebut.

“Dianggarkan seramai 58,520 pelajar terutamanya daripada isi rumah B40 dijangka mendapat manfaat daripada inisiatif ini pada 2024,” ujar beliau.

Abang Johari juga menambah sebayak RM2 juta geran tambahan diperuntukkan dalaam Program Bantuan Pakaian Seragam Sekolah, bertujuan memanfaatkan tambahan 10,000 pelajar, menjadikan jumlah pelajar yang dibantu pada 2024 kepada 30,000.

“Peningkatan ini menjadikan jumlah peruntukan Program Bantuan Pakaian Seragam Sekolah kepada RM6 juta pada 2024,” tambahnya.

Tambah Abang Johari, sebanyak khas RM6 juta geran diberikan kepada Yayasan Sarawak untuk menambah peruntukan sedia ada sebanyak RM3 juta bagi meningkatkan program Biasiswa Tempatan dengan menggandakan jumlah bantuan sedia ada setiap pelajar daripada RM400 kepada RM800.

“Peruntukan ini bertujuan untuk menangani tekanan perbelanjaan harian yang semakin meningkat, memastikan bantuan kepada pelajar kami yang memerlukan meliputi keperluan penting seperti makanan, alat tulis, kasut dan banyak lagi. Dijangka 11,250 pelajar pelajar akan menerima bantuan ini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan