Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi International Society for Krisha Consciousness (ISKCON) Kuching, Kripa Sindhu Krishna Prabhu ketika ditemui pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran ISKCON dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) pada Ahad. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Sambutan Deepavali satukan masyarakat di Sarawak

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 20 Nov: Sambutan Hari Deepavali atau Pesta Cahaya bukan sahaja menyatukan masyarakat India, malah menjadi platform mengeratkan lagi keharmonian kaum di negara ini.

Menurut Pengerusi International Society for Krisha Consciousness (ISKCON) Kuching, Kripa Sindhu Krishna Prabhu, Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran ISKCON dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) menerima lebih 600 tetamu yang hadir.

“Bukan sahaja menyajikan makanan vegetarian, malah kami menyajikan tetamu dengan pelbagai persembahan dan budaya masyarakat India.

“Sambutan yang sangat meriah dan ramai yang datang tanpa mengira lapisan maysarakat dan umur,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran ISKCON dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) pada Ahad.

Beliau yang juga Pengerusi Hindu Sangam Sarawak berkata, majlis rumah terbuka ini juga menjadi platform dalam mencapai kesefahaman antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat di Sarawak dari segi menghormati kepercayaan dan agama lain.

Turut hadir dalam majlis rumah terbuka tersebut adalah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin dan Pengarah UNIFOR Sarawak, Datu Jack Aman Luat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan