Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama Datuk Snowdan Lawan bergambar bersama barisan peserta pertandingan FTLA. Foto: TVS

Kerajaan Sarawak pastikan budaya setiap suku kaum dipelihara – Abdul Karim

KUCHING, 20 Nov: Kerajaan Sarawak akan memastikan budaya setiap suku kaum dijaga dan dipelihara, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Katanya, Sarawak kini mempunyai 34 suku kaum yang berbeza namun keharmonian perbezaan budaya pelbagai suku kaum ini akan dijaga dan diraikan bersama.

Menurutnya, perakuan kewujudan suku kaum itu turut dizahirkan semula menerusi pameran di Borneo Culture Museum (BSM) yang terletak di Kuching.

“Apabila kita menubuhkan BSM kita berusaha untuk memastikan budaya-budaya setiap suku kaum ada di pamerkan di muzium yang terbesar di Malaysia, ini kerana apabila satu-satu suku kaum datang dari jauh, dari pedalaman, mereka masuk ke muzium, mereka melihat sebahagian dari mereka berada di muzium.

“Apabila mereka melihat sebahagian dari diri mereka berada di muzium, mereka akan rasa dihargai,” katanya ketika berucap di  penangguhan Festival Kesenian Sarawak 2023 di Hikmah Exchange Event Centre di sini, malam tadi.

Hadir sama Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan, Setiausaha Tetap MTCP, Datu Sherrina Hussaini dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak, Dayang Mariana Abang Bolhassan

Jelas beliau lagi, dari sudut pengurusan pentadbiran kerajaan dan politik di Sarawak, suara dari suku kaum itu turut diberikan ruang dan peluang untuk melontarkan pandangan dan idea di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

“Sebab itulah sedikit sebanyak kita berusaha memastikan agar perkara-perkara ini (pemeliharan budaya suku kaum) baik dari segi politik, baik dari segi kesenian, suara dan juga kebudayaan kesenian suku-suku kaum di negeri Sarawak terpelihara,” ujarnya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan