Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ratu cantik Nicaragua, Sheynnis Palacios dinobatkan sebagai Miss Universe 2023 di El Salvador. Foto, AFP.

Ratu Nicaragua dinobat Miss Universe 2023

EL SALVADOR, 19 Nov: Ratu cantik Nicaragua, Sheynnis Palacios dinobatkan sebagai Miss Universe 2023 edisi ke-72 hari ini.

Palacios, 23, menerima mahkota dan selempang daripada pemenang Miss Universe tahun lepas, R’Bonney Gabriel.

Ini merupakan kali pertama Nicaragua memenangi gelaran Miss Universe dengan wakil Thailand, Anntonia Porsild muncul naib juara dan tempat ketiga disandang oleh ratu Australia, Moraya Wilson.

Pada pusingan akhir soal jawab, Palacios menekankan kepentingan gaji yang sama tanpa mengira jantina.

“Ini penting agar wanita boleh bekerja di mana-mana sektor.

“Tiada had untuk wanita,” jelasnya.

Pertandingan selama seminggu yang disertai oleh 84 negara itu memerlukan peserta menggayakan pakaian renang, gaun malam dan pakaian tradisional.

Kesemua peserta berarak di atas pentas di Gimnasium Kebangsaan Adolfo Pineda yang baharu diubah suai.

Malam gala turut dihadiri oleh Presiden El Salvador, Nayib Bukele yang mengumumkan bahawa edisi seterusnya akan diadakan di Mexico. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan