Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ditawan scammer
Seorang penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta di sini kerugian lebih RM17,000 selepas ditipu sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan secara dalam talian. Foto: Envato

Akauntan wanita rugi RM90,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud

MIRI, 18 Nov: Seorang wanita di sini mengalami kerugian RM90,000 susulan menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan dalam talian tidak wujud dalam Facebook.

Mangsa berusia dalam lingkungan 50-an dan bekerja sebagai akauntan swasta tertarik dan melibatkan diri dalam pelaburan yang kononnya menjanjikan keuntungan besar.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri telah menerima satu laporan polis berhubung kes daripada mangsa pada Jumaat.

“Insiden ini berlaku apabila akauntan wanita berkenaan membuat urusan pelaburan mata wang asing yang ditawarkan melalui laman sosial Facebook.

“Tertarik dengan keuntungan lumayan yang dijanjikan, mangsa telah membuat 5 kali transaksi pemindahan wang ke akaun bank pihak ketiga yang diberikan oleh suspek kesemuanya berjumlah RM90,000” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, mangsa hanya menyedari diri telah tertipu apabila keuntungan yang dijanjikan tidak dibayar sehingga laporan polis dibuat.

“Untuk kes ini, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Sebagai peringatan orang ramai sentiasa diminta berwaspada sebelum memutuskan untuk melabur secara atas talian terutamanya melalui laman sosial yang menjanjikan keuntungan dalam tempoh yang singkat” tegas Alexson.

Justeru itu, Alexson menasihatkan orang ramai untuk menghubungi national scam response center (nsrc) di talian 997 sekiranya menjadi mangsa penipuan siber.

“Hubungi nombor berikut sekiranya anda baharu sahaja membuat transaksi pindahan wang ke mana-mana akaun bank atau e-wallet suspek,” ujarnya.

Alexson juga menasihatkan orang ramai jagar memuat turun aplikasi ‘Whoscall’ melalui Google Playstore atau Applestore untuk membantu orang ramai membuat keputusan sama ada mahu menjawab panggilan telefon yang diterima atau sebaliknya.

Selain itu, info lanjut juga boleh diperoleh melalui laman web http://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.

Layari RMP Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CyberCrimeAlert JSJK@PDRM untuk mendapatkan maklumat modus operandi terkini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan