KUCHING, JUN 25: Walaupun hampir tiada penumpang dalam perahu penambangnya, Wahad Lamat, 62, tetap meneruskan mendayung perahu dari Kampung Boyan ke Jeti Waterfront di sini dengan penuh harapan.
Menyedari hakikat yang musim pandemik sememangnya menjejaskan semua perniagaan dan pekerjaan, beliau seolah-olah tidak mahu putus asa demi memastikan kelangsungan hidup walaupun adakalanya hanya mampu meraih hanya 50sen sehari!
“Sebelum PKP, ramai pelancong dan saya boleh mendapat sekurang-kurangnya 10 orang penumpang masa satu-satu masa dan membuat beberapa pusingan menyeberangi sungai sekarang kalau seorang pun saya sudah bersyukur.
“Kini saya tiada penumpang jadi saya terpaksa menjala pada malam hari untuk menyara keluarga,” katanya yang telah membawa perahu penambang sejak enam tahun lalu.
Menurut Wahad, dia akan memulakan kerja nya seawal 8.30 pagi. Kebiasaanya mereka yang bekerja di kawasan sekitar berdekatan bandar Kuching akan menggunakan perkhidmatan beliau.
Walaupun sungai yang direntasi itu hanya mengambil masa beberapa minit perjalanan namun penambang tetap menjadi pilihan utama penumpang, mungkin untuk menikmati suasanasambil mengambil angin.