KUALA LUMPUR, 17 Nov: Pusat Khas Bencana Sri Aman bakal dibina sebagai inisiatif menangani sebarang isu bencana di kawasan berkaitan.
Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Seri Doris Sophia Brodi berkata pembangunan projek berkenaan telah diluluskan Kerajaan Persekutuan.
Menurutnya khaabr gembira itu juga sekali gus menjadikan Sarawak bakal memiliki pusat khas bencana keempat di negeri ini.
“ Pada 5 Julai 2023 bekas Residen Sri Aman telah mengenalpasti tapak bagi pembinaan pusat tersebut.
“Saya percaya pusat khas bencana ini akan menjadi satu daripada tambahan aset untuk Sri Aman dan menjadi pusat bencana ke-4 di Sarawak,” kata Doris ketika ditemui TVS di Parlimen baru-baru ini.
Dalam pada itu Doris berkata kemudahan infrastruktur asas seperti keperluan elektrik, air, jaringan internet dan jalan raya merupakan ‘Game Changer’ pembangunan projek berkenaan.
Doris menambah perancangan untuk melaksanakan projek berkenaan juga sedang giat digerakkan yang diyakini akan meningkatkan sosioekonomi rakyat di Sri Aman.
“Apa yang saya lihat ketika ini jalan raya dari Empelanjau ke Banting sudah hampir siap dan jalan dari Lingga ke Banting akan membuka industri pelancongan seperti di Bukit Lesung .
“Dan ada juga jalan akan dinaik taraf dan dibina dari Tuba ke Muding dan juga dari Pantu ke Keranggas yang akan membuka banyak kawasan di luar bandar,” ujarnya. -TVS