Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Hasbi Habibollah (tiga,kanan) bergambar dihadapan sistem radar sebelum merasmikan Majlis Perasmian Pengoperasian Radar di Bawah Projek Penggantian dan Menaiktaraf Sistem Pengurusan Trafik Udara Sabah dan Sarawak (KKFIR) di Stesen Radar Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, Kuching. Foto: TVS

Kerajaan Persekutuan cadang susbsidi tiket penerbangan siswa tahun hadapan – Hasbi

KUCHING, 17 Nov: Kerajaan Persekutuan bercadang untuk memberi subsidi penerbangan kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara bagi tahun hadapan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Hasbi Habibollah berkata, pihaknya telah memajukan permohonan berkenaan susulan inisiatif tersebut bertujuan untuk membantu meringankan beban pelajar yang berada antara wilayah Semanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, seramai 56,000 pelajar IPT pada tahun ini telah menikmati subsidi tersebut dan pihaknya turut menyasarkan jumlah sama menikmatinya apabila pemohonan peruntukan untuk inisiatif berkenaan diluluskan.

“Kita menyasarkan 56,000 pelajar tahun hadapan menikmati kemudahan ini terutamaya pelajar-pelajar dari semenanjung ke Sabah atau Sarawak begitu juga pelajar Sabah atau Sarawak ke Semanjung.

“Jadi pelajar-pelajar kita bolehlah merancang bila hendak mengatur tiket penerbangan bilakah hendak balik cuti dan sebagainya dengan bantuan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pengoperasian Radar di Bawah Projek Penggantian dan Menaiktaraf Sistem Pengurusan Trafik Udara Sabah dan Sarawak (KKFIR) di Stesen Radar Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia di sini, hari ini.

Hasbi berkata, subsidi itu diberikan kepada pelajar dari Semanjung Malaysia yang melanjutkan pengajian mereka di IPT di Sabah dan Sarawak serta pelajar dari kedua-dua negeri itu yang melanjutkan pengajian mereka di IPT di Semanjung Malaysia.

Subsidi itu sebelum ini mula diberikan bermula 15 Ogos lalu dengan tempoh penebusan semula subsidi tiket penerbangan terbabit dilanjutkan sehingga 31 Disember depan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan