Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menyampaikan sumbangan umat Islam di Sarawak bagi membantu rakyat Palestin, Maghribi dan Libya yang diwakili Datuk Zamani Ahmad Mansor. Foto: TVS

Perkasakan peranan masjid, luaskan penggunaan selain tempat beribadah – Dr Abdul Rahman

KUCHING, 17 Nov: Fungsi dan peranan masjid di Sarawak akan dipertingkatkan dan berperanan sebagai pusat kegiatan dan perkhidmatan kepada umat Islam di Sarawak.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata permerkasaan fungsi masjid itu adalah hasil dari resolusi program Muktamar Masjid-Masjid Serantau yang diadakan pada Julai lalu.

Jelas beliau lagi platform pintar dan teknologi canggih akan digunakan dalam pengurusan dan penyampaian perkhidmatan di dalam masjid.

“Kita nak wujudkan ‘Regional Mosques Strategic and Smart Centre’ yang memberi penekanan mengenai usaha strategik yang dapat kita laksanakan untuk memartabatkan umat Islam menerusi fungsi dan peranan masjid yang ada di seluruh Sarawak.

“Dengan kata lain, masjid pada hari ini bukan sahaja (sebagai) pusat ibadah tetapi juga sebagai pusat perkhidmatan kepada umat Islam secara keseluruhan,” katanya berucap pada majlis penghargaan di sini, malam tadi.

Majlis berkenaan diadakan bagi meraikan warga kerja pelbagai agensi berkaitan dengan Majlis Islam Sarawak yang memberikan sumbangan dalam menjayakan pelbagai program sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Dr Abdul Rahman berkata lagi, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyambut baik usaha membawa lebih banyak cendekiawan Islam dari seluruh dunia ke Sarawak seperti pada Persidangan Ilmuan Islam Antarabangsa pada Julai lalu.

Justeru beliau mencadangkan agar persidangan tersebut akan diadakan dua tahun sekali.

“Kita anjurkan pada 2023 dan insya-Allah kita akan adakan pada 2025 yang akan memberikan manafaat kepada kita,” katanya.

Pada majlis sama, beliau menyampaikan sumbangan berjumlah RM 640,000 kepada Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Zamani Ahmad Mansor.

Sumbangan umat Islam Sarawak itu akan disalurkan kepada rakyat Palestin, mangsa gempa bumi di Maghribi dan banjir besar di Libya menerusi Tabung Musa’adah Kecemasan Misi Kemanusiaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan