Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penunjuk perasaan memegang plakad dan bendera sambil meneriakkan slogan-slogan semasa perhimpunan menyokong rakyat Palestin di luar Bangunan Parlimen di pusat bandar London. Foto: AFP

Ribuan berkumpul di luar Parlimen UK, desak gencatan senjata di Gaza

ByBernama

LONDON, 16 Nov: Orang ramai berkumpul di luar Dewan Parlimen di London pada Rabu menuntut agar Ahli Parlimen mengundi menyokong gencatan senjata di Semenanjung Gaza.

Penunjuk perasaan melaungkan slogan ketika Ahli Parlimen mengundi usul yang dicadangkan oleh Parti Kebangsaan Scotland (SNP), sama ada menyokong gencatan senjata di Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Usul berkenaan menyeru kerajaan untuk bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa mendesak semua pihak yang berkaitan supaya bersetuju dengan gencatan senjata segera.

Penunjuk perasaan mula tiba di kawasan Parlimen pada kira-kira jam 5 petang waktu tempatan bagi menghadiri “himpunan kecemasan” yang dianjurkan satu gabungan.

Gabungan sama telah menganjurkan demonstrasi besar-besaran pro-Palestin setiap minggu.

Sambil mengibarkan bendera Palestin, orang ramai turut mengecam ahli politik yang enggan menyeru gencatan senjata di wilayah yang terkepung, di mana angka kematian kini telah melebihi 11,000 orang.

“Saya tidak mempunyai perkataan sesuai untuk menggambarkan kelemahan moral mana-mana Ahli Parlimen yang hari ini mengundi menentang gencatan senjata,” kata pengarah Kempen Solidariti Palestin (PCS), Ben Jamal ketika perhimpunan itu.

Usul yang menggesa gencatan senjata “segera” di Gaza itu telah ditolak dengan undian 294-125. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan