Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyampaikan peta rizab komunal bumiputera bagi kampung Sampadi, Selenggok dan Sungai Langgir kepada ketua-ketua kampung berkenaan. Foto: TVS

Lebih 1.2 juta hektar tanah NCR selesai disukat sejak 2010

LUNDU, 16 Nov: Kerajaan Sarawak telah mengukur lebih 1.2 juta hektar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) sejak 2010.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata daripada jumlah itu setakat 31 Oktober 2023, seluas 867,516 hektar telah diwartakan.

Lebih 1.2 juta hektar tanah NCR selesai disukat | TVS

“Sejak tahun 2010 kerajaan telah memperkenalkan Program Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

“Inisiatif baharu tersebut melibatkan dua peringkat iaitu pengukuran perimeter dan pewartaan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri dan pengukuran secara lot individu dan pengeluaran surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri dan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri bagi kawasan DUN Tanjung Datu di Dewan Masyarakat Lundu, hari ini.

Awang Tengah berkata lagi, penyukatan tanah NCR ini dilaksanakan setelah menerima permohonan dari penuntut tanah.

Permohonan yang dihantar akan disemak berdasarkan perundangan dan bukti yang sahih sebelum diluluskan untuk disukat.

“Mana-mana yang masih melibatkan pertikaian dan perbicaraan di mahkamah, kerja pengukuran tidak akan dilaksanakan melainkan kes tersebut telah ditarik balik,” ujarnya.

Untuk rekod, kerajaan Sarawak memulakan Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu pada 2010 bagi memastikan penyukatan tanah NCR dilaksanakan secara lebih efisien dan efektif.

Sementara itu, pada majlis berkenaan sebanyak 466 Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18, Kanun Tanah Negeri kepada 377 orang penerima yang melibatkan Kampung Bengang & Batu, Siru Dayak dan Gerunggang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan