Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Komunikasi Dan Digital Teo Nie Ching. Foto: RTM

Parlimen: RUU Majlis Media Malaysia dijangka dibentang Mac 2024

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Kerajaan sedang meneliti dan memuktamadkan kandungan Rang Undang-undang (RUU) Majlis Media Malaysia dengan mengadakan beberapa siri perbincangan secara berkala.

Timbalan Menteri Komunikasi Dan Digital (KKD) Teo Nie Ching berkata siri perbincangan tersebut melibatkan Jawatankuasa Protem Majlis Media Malaysia (jawatankuasa kerja sementara) yang terdiri daripada pengamal media untuk memastikan RUU Majlis Media Malaysia ini dapat dibentangkan secepat mungkin.

“Ini menunjukan komitmen kerajaan perpaduan untuk membentuk Majlis Media Malaysia dan dari segi garis masa yang telah ditetapkan selepas kementerian menerima maklum balas daripada Jawatankuasa Protem.

“KKD akan memulakan sesi libat urus bersama kementerian jabatan dan agensi berkaitan,” kata Teo ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi semasa persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Teo berkata selepas sesi libat urus tersebut kementerian itu akan menyediakan memorandum untuk dihantar ke jemaah menteri.

“Kami harap bahawa kami boleh bentangkan RUU Majlis Media Malaysia di Parlimen pada Mac 2024,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan