Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Industri Datuk Arthur Joseph Kurup. Foto: TVS

Parlimen: Pelan hala tuju perkukuh ekosistem inovasi bahan termaju tempatan

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Pelan hala tuju teknologi bahan termaju negara 2021-2030 dibangunkan sebagai panduan untuk agensi kerajaan, badan pelaksana dan industri memperkukuhkan ekosistem inovasi bahan termaju tempatan.

Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Industri Datuk Arthur Joseph Kurup berkata perkara tersebut adalah bagi memandu Malaysia ke arah negara berteknologi tinggi dengan memberi fokus kepada empat bahan termaju.

Menurutnya, Malaysia mempunyai kelebihan dari segi bahan mentah dan kepakaran tempatan.

“Unsur nadir bumi (REE) telah dikenal pasti sebagai salah satu bahan termaju yang akan memberi potensi pasaran kepada pemain industri selain daripada grafen, nitinol dan polimer selulosa berhablur mikro.

“Ini adalah kerana saiz pasaran REE global telah mencecah USD 5.6 bilion pada tahun 2021. Permintaan terhadap kenderaan elektrik yang memerlukan penggunaan unsur nadir bumi bagi menghasilkan magnet  menyebabkan lonjakan kepada keperluan unsur berkenaan,” katanya.

Beliau menjawab soalan yang diajukan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Ahmad Amzad Bin Mohamed @ Hashim di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu katanya lagi, MOSTI telah mengenal pasti lima perspektif utama untuk membangunkan ekosistem teknologi bahan termaju termasuk REE iaitu melalui pembiayaan dan kewangan, pembangunan infrastruktur, penetapan peraturan dan penggubalan dasar, peningkatan kemahiran dan pengembangan bakat serta pembangunan teknologi.

“Penubuhan National Advanced Materials Consortium (NAMC) akan bertindak sebagai sebagai hub perhubungan untuk pembangunan perniagaan, mewujudkan rangkaian dan libat urus di antara pemegang taruh.

“Manakala, Agensi Nuklear Malaysia akan memainkan peranan untuk menyediakan teknologi dan infrastruktur bagi pembangunan unsur nadir bumi untuk ekosistem huluan dan pertengahan.  Nuklear Malaysia turut bekerjasama dengan pelbagai jenis institusi yang lain bagi memperkasakan lagi aktiviti R,D,C&I,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan