Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Roket SpaceX Starship berlepas untuk penerbangan percubaan pertama pada 20 April 2023. Foto: AFP

Ujian kedua sistem roket Starship mungkin pada 17 November – Elon Musk

ByBernama

WASHINGTON, 14 Nov: Pengasas SpaceX Elon Musk berkata ujian kedua sistem roket Starship mungkin akan dijalankan pada 17 Nov, lapor Sputnik.

“Baru sahaja dimaklumkan bahawa kelulusan pelancaran mungkin akan diperoleh untuk membolehkan  pelancaran dibuat pada Jumaat,” kata Musk pada Isnin.

Sistem roket Starship akan dilancarkan dari Starbase, Texas, berhampiran South Padre Island.

Pelancaran pertama sistem roket Starship berlangsung pada 20 April menjadikannya roket terbesar dan paling berkuasa pernah dibina. Penerbangan ujian itu terpaksa ditamatkan apabila kapal angkasa itu mula kehilangan altitud ekoran kegagalan beberapa enjinnya.

Musk baru-baru ini berkata SpaceX menaik taraf sistem roket Starship itu yang akan meningkatkan peluangnya untuk sampai ke orbit pada penerbangan ujian kedua nanti.

Sistem roket Starship sepanjang hampir 400 kaki itu menggunakan dua komponen boleh guna semula, termasuk Super Heavy Booster yang menggunakan 33 enjin Raptor berkuasa metana dan kapal angkasa Starship yang dilengkapi enam enjin Raptor.

Starship dibangunkan untuk membawa manusia ke Bulan dan penerbangan jangka panjang ke Marikh dan seterusnya.

Sistem ini dibangunkan untuk mengisi bahan bakar dalam ruang udara dan keupayaan untuk mendarat di destinasi merentasi sistem suria dan kembali ke Bumi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan