Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MACAU SCAM

Lelaki warganegara asing rugi RM62,000 ditipu Pegawai Kastam palsu

MIRI, 14 Nov: Seorang lelaki warganegara asing yang bekerja sebagai kerani di sini, kerugian RM62,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan yang menyamar sebagai Pegawai Penguatkuasa Kastam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, berdasarkan siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, mangsa berusia dalam lingkungan 40-an telah membeli barangan sukan dari laman sosial Instagram sebelum berurusan dengan suspek melalui panggilan telefon.

“Mangsa telah membeli barangan sukan melalui aplikasi Instagram dan dihubungi seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Pegawai Kastam.

“Lelaki itu kemudian memaklumkan barangan yang dipesan mangsa terpaksa ditahan kerana terlibat dengan barang seludup dan perlu membuat bayaran,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Alexson berkata, mangsa diminta untuk membuat bayaran pelepasan cukai dan mengelakkan tindakan undang-undang diambil terhadapnya.

“Disebabkan terlalu panik dan risau, mangsa telah membuat serahan wang melalui 13 transaksi ke akaun bank yang diberikan suspek berjumlah RM62,000.

“Namun mangsa hanya telah menyedari dirinya telah ditipu selepas menceritakan perkara itu kepada ahli keluarganya sebelum tampil membuat laporan polis,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan