Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 12 daripada 67 pengunjung didapati positif dadah hasil pemeriksaan polis di sebuah pusat hiburan di Lebuh Chulia di sini semalam. Foto: IPD Timur Laut

12 pengunjung pusat hiburan ditahan positif dadah

GEORGE TOWN, 14 Nov: Seramai 12 individu yang sedang leka berhibur ditahan polis selepas didapati positif dadah semasa serbuan di sebuah pusat hiburan di Lebuh Chulia di sini, semalam.

Mereka yang terdiri daripada 10 lelaki dan dua wanita ditahan ketika pemeriksaan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Bahagian Siasatan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut kira-kira jam 1.20 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan V. Saravanan berkata, seramai 67 pengunjung yang terdiri daripada 42 lelaki dan 25 wanita termasuk warga asing diperiksa ketika operasi itu.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati 12 daripadanya positif dadah jenis syabu, heroin dan ganja termasuk dua lelaki warga Indonesia.

“Bagaimanapun operasi itu tidak membabitkan rampasan dadah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kata beliau, kesemua individu yang ditahan berusia antara 19 hingga 50 tahun kemudiannya dibawa ke IPD Timur Laut di sini bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan