Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fadhlina ketika menjawab soalan Dato Anyi Ngau di Parlimen hari ini. Foto TVS.

Parlimen: KPM lulus RM204.25 juta bina semula sekolah daif di Baram

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 14 Nov: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan sebanyak 20 projek pembinaan semula bangunan sekolah daif di Parlimen Baram melibatkan kos RM204.25 juta.

RM204.25 juta bina semula sekolah daif di Baram | TVS

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata sehingga hari ini, status pelaksanaan projek itu menyaksikan lapan telah siap manakala tiga dalam proses pembinaan.

Kata beliau, sembilan lagi projek pula di peringkat pra bina.

“Senarai lapan projek siap ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bong, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hua Kwong, SK Poyut, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Lama, SMK Marudi, SK Long Laput, SK Sungai Buri dan SK Bario.

“Tiga buah projek dalam pembinaan melibatkan SK Long Lapok, SK Beluru Central dan SK Long Pelutan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Anyi Ngau (Gabungan Parti Sarawak – Baram) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Berkenaan tiga projek pra bina itu, Fadhlina memaklumkan, kesemua projek telah dilaksanakan kerja awalan iaitu kerja ukur dan siasatan tanah.

Sementara itu beliau turut memaklumkan daripada jumlah peruntukan yang diluluskan, sehingga hari ini, sebanyak RM112.35 juta telah dibelanjakan bagi pembinaan semula bangunan daif sekolah di Parlimen Baram.

“Terdapat empat sekolah di Parlimen Baram yang mempunyai bangunan daif sedang diteliti untuk perancangan pembangunan semula,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan