KUCHING, 14 Nov: Empat kereta yang diparkir di tepi kilang di Jalan Demak Maju musnah dalam kebakaran tengah malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak berkata tiga kereta terbakar 100 peratus manakala sebuah lagi terbakar kira-kira 70 peratus.
“Kebakaran tersebut tidak melibatkan kecederaan dan kemalangan jiwa. Punca-punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Bomba menerima panggilan pada 12.33 tengah malam dan menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya ke lokasi.
“Pasukan bomba bertindak menggunakan dua aliran salur bantu mula air dari jentera bagi membuat kerja-kerja pemadaman. Operasi pemadaman selesai sepenuhnya pada 1.25 pagi,” katanya. – TVS