Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pisau lipat yang dipercayai digunakan suspek berjaya dirampas polis. Foto IPD Sibu.

Dua lelaki cederakan tiga mangsa guna pisau lipat di Sibu ditahan

SIBU, 12 Nov: Dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pergaduhan bersenjata di Jalan Tuanku Osman sehingga mencederakan tiga mangsa berjaya ditahan polis pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, polis turut merampas sebilah pisau lipat yang dipercayai digunakan oleh suspek yang berusia 20 dan 23 tahun itu.

“Akibat kejadian pada Rabu itu, ketiga-tiga mangsa yang berusia berusia lingkungan 30-an mengalami kecederaan di kepala, rusuk kanan dan jari telunjuk.

“Dua masih menerima rawatan di Hospital Sibu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, motif kejadian masih dalam siasatan manakala kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga 17 November depan.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan