Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar menunjukkan menu yang dihidangkan kepada penumpang kapal Titanic pada 14 April 1912. Foto: AFP

Menu kelas pertama Titanic ‘Beef A la Victoria’ terjual pada harga £66,000

ByBernama

LONDON, 12 Nov: Selepas lebih 111 tahun tragedi Titanic, artifak bernilai daripada kapal mewah itu, termasuk menu untuk penumpang kelas pertama dilelong dengan harga puluhan ribu pound, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menu itu pernah mencetuskan fenomena kerana dikatakan satu-satunya menu yang masih ada sejak 11 April 1912.

Antara jenis hidangan yang tertera dalam menu itu, termasuk tournados of beef a la Victoria, daging kambing dan daging itik melewar (mallard) dan terjual dengan harga £66,000 (US$81,000).

Selimut dari kabin kelas pertama yang mungkin dibawa oleh seorang daripada penumpang yang terselamat ke dalam bot penyelamat dan dianggarkan bernilai £70,000 hingga £100,000 telah terjual pada harga £76,000. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan