Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan Inovasi Dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis berucap di program Kesedaran Kebersihan Persekitaran komuniti di Sri Aman pada Jumaat. Foto: TVS

Ubah wajah pedalaman, penduduk Rumah Siti Joni harus yakin kepada Kerajaan Sarawak

SRI AMAN, 10 Nov: Penduduk pedalaman khususnya di rumah panjang Rumah Siti Joni di sini diingatkan agar yakin terhadap usaha kerajaan negeri memajukan kawasan mereka.

Timbalan Menteri Pendidikan Inovasi Dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis mendedahkan pelbagai perancangan sudah mula dilaksanakan meskipun memakan belanja yang besar dalam usaha kerajaan menyediakan kemudahan demi keselesaan penduduk yang jauh dari pusat bandar.

“Masyarakat hendaklah bersabar dan terus memberi kepercayaan kepada pemimpin kerajaan negeri untuk membawa wajah baharu kepada kawasan luar bandar,” katanya pada program Kesedaran Kebersihan Persekitaran Komuniti di Sri Aman pada Jumaat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang turut memaklumkan antara projek yang sudah dilaksanakan di kawasan Kampung Paku Ulu Undup termasuklah projek bekalan air paip bersih, jalan raya berturap, dan jambatan penghubung.

“Dari air bukit ke air paip dengan peruntukkan 42 juta sudah siap tapi sekarang kita terpaksa tunggu jalan ini siap.

“Sekiranya ia lalu lampu jalan atau saluran air paip, kita kena tukar dan itulah punca sebenar kontraktor itu agak lambat.

” Jadi saya minta anda semua bersabar kerana jalan itu dianggarkan akan siap pada penghujung tahun 2024.”, katanya lagi.

Sementara itu bagi Tuai Rumah, Siti Joni mahu kesemua penduduk di kawasan Kampung Paku Ulu Undup menghargai pembangunan yang dibawakan oleh kerajaan negeri yang telah membawa banyak kemajuan ke kawasan mereka.

Jelasnya, tanpa sokongan daripada semua masyarakat mereka mungkin belum dapat menikmati semua kemudahan seperti bekalan air bersih atau eletrik pada masa ini.

Oleh itu, dia menyeru agar seluruh penduduk di kawasan tersebut memberi sepenuh sokongan kepada pimpinan kerajaan negeri agar kawasan mereka terus mengecapi kemajuan

“Banyak kemajuan yang dibawa oleh kerajaan di kawasan kita iaitu bekalan air bersih dan elektrik sama seperti di bandar.

” Kalau tiada bekalan air bersih di kawasan kita ini, apa terjadi pada kita.

” Kita akan kekal di tapok lama dengan menggunakan enjin generator serta masih menggunakan lilin.

” Tapi sekarang sudah ada lampu kita perlu bersyukur dan beterima kasih kerana mereka telah bertungkus lumus memajukan kawasan kita,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan