Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakam gambar kenangan bersama penerima-penerima anugerah sempena majlis makan malam IEM Cawangan Sarawak. Foto: Odleen Catherny (TVS)

Premier Sarawak dianugerahkan, Anugerah Felo Kehormat daripada Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan Asean

ByOdleen Catherny

KUCHING, 10 Nov: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dianugerahkan Anugerah Felo Kehormat daripada Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan Asean (AFEO) pada Persidangan Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan Asean (CAFEO) di Bali, Indonesia yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 24 November ini.

Menurut kenyataan Institusi Jurutera Malaysia (IEM) cawangan Sarawak hari ini, pengiktirafan berkenaan membuktikan kepimpinan beliau menjadi teladan dalam mempromosikan kecemerlangan dan kemampanan kejuruteraan.

Abang Johari yang dimaklumkan dengan penganugerahan itu mengakui beliau tidak tahu mengapa beliau dianugerahkan pengiktirafan tersebut namun menerimanya dengan rasa rendah diri.

“Saya rasa amat rendah diri, sebab saya bukanlah seorang jurutera. Saya juga tidak mengetahui semua kerumitan kejuruteraan. Saya tidak tahu mengapa saya dicalonkan untuk menerima anugerah ini.

Tapi sudah tentu ini satu penghormatan buat Sarawak kerana komuniti kejuruteraan mengiktiraf apa yang telah disumbangkan oleh jurutera tempatan bukan sahaja dari segi profesion kejuruteraan malah impak kerja anda kepada pembangunan Sarawak khususnya dan di Malaysia amnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam Institusi Jurutera Malaysia (IEM) cawangan Sarawak, di sini, hari ini.

Abang Johari dalam pada itu menyifatkan situasi ketika ini menyaksikan satu peralihan untuk Sarawak mengubah ekonomi ke arah tahap baharu dalam bidang kejuruteraan.

“Saya fikir ia sememangnya tumpuan dalam profesion kejuruteraan yang mana anda mengikuti perkembangan teknologi terkini yang relevan dengan krisis dihadapi dunia iaitu perubahan iklim.

Sarawak sedang cuba sedaya upaya untuk terus mengurangkan pelepasan karbon dan mewujudkan persekitaran yang bersih untuk manfaat manusia,” katanya lagi.

Turut hadir, dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, dan Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Ir Aidel Lariwoo. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan