Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Micheal Tiang Ming Tee menyempurnakan simbolik perasmian pada majlis perasmian SHEDA Kuching Branch Home and Property Roadshow 2023. Foto: TVS

359 daripada 365 permohonan HDRAS dilulus, berserta bantuan tunai RM3.4 juta

KUCHING, 10 Nov: Sejumlah 359 daripada 365 pemohanan Skim Bantuan Deposit dan Bayaran Balik Perumahan (HDRAS) telah diluluskan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Micheal Tiang Ming Tee.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak memperuntukkan inisiatif berkenaan dengan bantuan tunai berjumlah RM3.4 juta.

“Pada tahun ini sehingga kini kita menerima 365 pemohonan dan 359 telah pun diluluskan melibatkan bantuan tunai berjumlah RM3,487,995.

“Untuk tahun 2022, 56 peratus pemohon HDRAS adalah daripada golongan M40 dan 44 peratus adalah dari golongan B40 di mana pemohonan yang agak seimbang daripada kedua-dua kumpulan berkenaan.

“Bagaimanapun untuk tahun ini (2023) 78 peratus merupakan pemohon daripada kumpulan M40 sementara hanya 22 peratus adalah daripada kumpulan B40,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media majlis perasmian SHEDA Kuching Branch Home and Property Roadshow 2023 di sini, pda Jumaat.

Menurut Micheal, kementeriannya turut menerima pemintaan daripada Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) untuk memperluaskan HDRAS kepada pemaju perumahan lain bagi pembelian rumah benilai RM300,000 dan ke bawah.

“Ia kerana bantuan berkenaan hanya diberikan kepada pemaju-pemaju perumahan yang berdaftar dengan Mutiara Mortgage and Credit sahaja.

“Saya rasa ini cadangan yang bagus kerana kita amat mahukan lebih ramai rakyat sarawak mendapat manfaat daripada inisiatif tersebut.

“Kementerian kami akan melakukan perbincangan lebih mendalam dengan pihak SHEDA dan agensi terlibat untuk meneroka perancangan dan inisiatif yang boleh memberikan manfaat lebih kepada rakyat Sarawak,”katanya.

Micheal menambah, pihaknya sentiasa bersedia untuk meneroka dasar perumahan yang lebih inovatif untuk memenuhi pemintaan penyediaan rumah mampu milik yang mempunyai model berpusatkan Komuniti.

Ia bagi memastikan suasana kehidupan bandar dan keterangkuman sosial yang lebih baik untuk masyarakat Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan