Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gempa bumi yang berlaku pada jam 12.52 waktu tempatan itu dirasai dengan kuat. Foto: BMKG

Gempa bumi kuat 7.2 magnitud gegar Maluku, Indonesia

JAKARTA, 8 Nov: Gempa bumi berukuran 7.2 magnitud menggegarkan wilayah timur Indonesia, 255 kilometer barat laut wilayah Tanimbar, Maluku, Indonesia.

Gempa bumi yang berlaku pada jam 12.52 waktu tempatan itu dirasai dengan kuat sehingga mencetuskan panik adanya ancaman tsunami mengakibat penduduk berlari ke tempat yang lebih tinggi.

Berdasarkan maklumat Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, pusat gempa berada pada kedalaman hanya 10 kilometer dari daratan.

Menurut jurucakap Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Abdul Muhari, gegaran pagi ini sangat kuat dan dirasai kira-kira tiga minit lamanya.

“Pihak kami masih melakukan pemantauan dengan menghantar pasukan reaksi pantas ke lokasi kejadian bagi mengesan kesan gempa bumi yang berlaku cukup lama,” katanya.

Berdasarkan analisis mekanisme sumber menunjukkan bahawa gempa bumi mempunyai mekanisme pergerakan strike-slip dengan jenis gempa bumi cetek yang dicetuskan oleh aktiviti ubah bentuk batuan di bawah laut.

Bagaimanapun, tiada ancaman Tsunami yang mengancam walaupun gempa susulan dengan magnitud 5.6 dan 5.2 berlaku selepas itu.

Orang ramai diminta terus bersiap sedia menghadapi gegaran susulan yang masih mungkin berlaku. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan