Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau berharap kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbangkan untuk pembinaan klinik kesihatan desa di pertengahan perkampungan komuniti Penan di DUN tersebut. Foto: TVS

KKM harus bina klinik kesihatan dalam perkampungan komuniti Penan

ByFebbright James

BARAM, 9 Nov: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) harus mempertimbangkan untuk membina klinik kesihatan desa dalam perkampungan komuniti Penan di sini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau.

Menurut beliau sekiranya ‘hajat’ tersebut menjadi nyata, ianya akan membawa perubahan besar kepada komuniti penan yang kini berhadapan dengan kesukaran mendapatkan perkhidmatan kesihatan dengan baik.

Dennis memaklumkan jarak dan kos pengangkutan menjadi salah satu cabaran dan kesukaran komuniti Penan dalam mendapatkan perkhidmatan kesihatan lantaran klinik tersedat dengan mereka adalah di Long Bedian.

“Saya ada satu harapan besar iaitu agar kerajaan pusat khususnya KKM mempertimbangkan untuk membina sebuah klinik di tengah-tengah perkampungan Penan iaitu di Long Anyat, kerana disini lokasinya dikelilingi perkampungan Penan.

“Setakat ini saya maklum mereka (komuniti Penan) mendapatkan perkhidmatan kesihatan di Klinik Long Bedian atau ke Long Lama. Kalau kes lebih serius mereka terpaksa dirujuk ke Hospital Miri iaitu kira-kira empat ke enam jam perjalanan.

Dennis memberitahu klinik tersebut mungkin boleh dibina dengan skala yang kecil untuk permulaan untuk memberikan rawatan asas, memberian bekalan ubat-uabtan dan kes-kes ringan.

Perkara ini juga sebagai salah satu usaha untuk mendepani cabaran dalam isu kesihatan terutamanya ketika negara berdepan dengan ancaman penyakit atau wabak-wabak di masa akan datang.

Sementara itu, seorang petugas kesihatan di Klinik Kesihatan Long Bedian ketika ditemui TVS memaklumkan komuniti dari 13 buah perkampungan Penan ketika ini mendapatkan perkhidmatan kesihatan di KK Long Bedian.

Katanya, komuniti Penan ini bergantung kepada pengangkutan kayu balak dan mengikut hari-hari tertentu.

“Kadang-kadang mereka datang pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis kerana mereka bergantung kepada pengangkutan yang digunakan membawa kayu balak. Tidak setiap hari mereka boleh datang kerana faktor cuaca. Kalau hari hujan, mereka tidak dapat datang kerana jalan licin,” katanya.

Selain itu, petugas kesihatan di KK Long Bedian memaklumkan mereka hanya memiliki sebuah kenderaan untuk menghantar pesakit yang perlu dirujuk ke hospital di Miri.

Klinik daif di pedalaman: Cabaran dan keperluan komuniti

Sekiranya berlaku lebih dari satu kes kecemasan dalam satu masa, mereka perlu mendapatkan bantuan daripada penduduk kampung atau saudara mara pesakit untuk menghantarnya ke hospital umum.

Klinik interim akan dibangunkan di Long Lama, tahun hadapan – Lukanisman

Lantaran itu, Dennis berharap agar KKM mempertimbangkan pembinaan klinik kesihatan untuk memudahkan komuniti Penan mendapatkan perkhidmatan Kesihatan.-TVS

Tags: kkm, klinik, penan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan