Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis sedang mengesan individu yang menyimbah cat merah di beberapa kedai menjual daging khinzir di Sibu. Foto: TVS

Polis kesan individu simbah cat di kedai menjual daging khinzir di Sibu

SIBU, 7 Nov: Polis sedang mengesan individu yang melakukan khianat dengan menyimbah cat merah di empat kedai menjual daging khinzir di bandar ini.

Kejadian pada pagi Isnin itu melibatkan kedai yang terletak di Jalan Chiew Siik Hiong, Rejang Park dan Jalan Wong Soon Kai.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima empat aduan berhubung kejadian sekitar 2.04 pagi.

Menurutnya, pihaknya sedang menjalankan siasatan rapi bagi mengesan pelaku khianat yang terlibat selain mengenal pasti motif sebenar perbuatan tersebut.

“Pihak kami telah menerima empat aduan daripada pemilik premis yang terjejas pada jam 8.47 pagi semalam,” katanya menerusi satu kenyatan media, hari ini.

Empat kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan