Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata lawatannya ke China bermula Ahad ini bertujuan mengukuhkan kerjasama perdagangan Malaysia dan China khususnya eksport minyak kelapa sawit.

Fadillah ketuai lawatan ke China, tingkatkan perdagangan dan hubungan bilateral

KUCHING, 7 Nov: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata lawatannya ke China bermula Ahad ini bertujuan mengukuhkan kerjasama perdagangan Malaysia dan China khususnya eksport minyak kelapa sawit.

Menurutnya, jemputan ke China yang diketuai oleh beliau merupakan susulan misi lawatan pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September lalu.

“Ia adalah lawatan untuk mengukuhkan usaha sama perdagangan Malaysia dan China khususnya dalam mengeksport minyak kelapa sawit. China adalah negara yang banyak mengimport minyak sawit kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sesi Tahunan ke-51 dan Mesyuarat Komuniti Lada Antarabangsa dan Pameran Rempah Antarabangsa (IPC ASM ISE) ke-51 di sini, hari ini.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata Malaysia komited dalam meningkatkan nilai dagangan eksport komoditi ke China.

“Di samping misi perdagangan, kita juga membawa misi mengeratkan lagi hubungan Malaysia dan China kerana kita akan meraikan meraikan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala, tahun depan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan