Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekitar lawatan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin di Kampung Budaya Sarawak (SCV) di Santubong hari ini. Foto:TVS

Tengku Permaisuri Selangor berkenan lawat Kampung Budaya Sarawak

KUCHING, 7 Nov: Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mencemar duli melawat ke Kampung Budaya Sarawak (SCV) di Santubong hari ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut isteri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Fatimah Iskandar dan isteri Timbalan Premier Sarawak, Datin Amar Enn Ong Siok Ean pada 8.50 pagi tadi.

Sekitar lawatan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin di Kampung Budaya Sarawak (SCV) di Santubong hari ini. Foto:TVS

Baginda bersama rombongannya diberi penerangan mengenai sejarah SCV yang menghimpunkan pelbagai budaya dan etnik di Sarawak.

Dalam lawatan itu, baginda Tengku Permaisuri turut dibawa ke Rumah Bidayuh, Rumah Iban, Rumah Orang Ulu, Rumah Melanau, Rumah Melayu dan Rumah Cina.

Ketika di Rumah Iban, baginda berpeluang menghasilkan Kuih Chap, hidangan tradisi masyarakat Iban.

Baginda juga berpeluang mempelajari tarian Iban dan mencuba sumpit serta menyaksikan kerja-kerja pembuatan Pua Kumbu.

Sebelum keberangkatan pulang, baginda turut disajikan dengan persembahan kebudayaan oleh artis budaya SCV seperti Ngajat Lesung.

Baginda dijadual berangkat pulang ke Selangor hari ini selepas lawatan rasmi empat hari di Kuching. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan