Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Hang Kiak dan Dr Gavin Yap merakamkan kenangan bersama tuai-tuai rumah yang mewakili para pesakit pada Kempen Pemeriksaan dan Operasi Mata 2023 di Kapit pada Ahad. Foto: Claudya Keenu (TVS).

Sarawak Energy kelola CSR pemeriksaan, operasi mata untuk komuniti Baleh dan Kapit

ByRegina Lee

KAPIT, 6 Nov: Sarawak Energy Berhad (SEB) membantu 67 pesakit dari komuniti Baleh dan Kapit yang mengalami masalah penglihatan menerusi Kempen Pemeriksaan dan Pembedahan Mata 2023.

Pengurus Besar SEB Baleh, Tan Hang Kiak berkata 44 pesakit menjalani pembedahan katarak manakala 23 pesakit menjalani pembedahan pterygium yang dibiayai syarikat berkenaan.

“Saringan kesihatan untuk komuniti Baleh dan Kapit ini adalah sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami kepada masyarakat di sekitar kawasan projek Baleh.

‘Sebelah mata saya belum dapat melihat, jadi sebelah sahaja mata sahaja dapat melihat’ – Bulan Lang

“Ia bertujuan menjaga kesejahteraan penduduk tempatan terutamanya yang memerlukan perkhidmatan tertentu ini dan ia akan menjadi aktiviti yang berterusan,” katanya kepada TVS pada Ahad.

Kempen dijalankan oleh pasukan Projek Hidroelektrik Baleh dengan kerjasama Hospital Kapit, Jabatan Oftalmologi Hospital Sibu dan Klinik Katarak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membantu dan mengukuhkan lagi hubungan dengan masyarakat yang terbabit dalam projek-projek SEB.

Ia diadakan di Hospital Kapit pada 3 hingga 5 Nov yang melibatkan pesakit yang berumur 50 tahun ke atas.

Timbalan Pengarah Hospital Kapit, Dr Gavin Yap menyifatkan inisiatif tersebut dapat meningkatkan tahap kesihatan penglihatan penduduk.

‘Kesihatan mata sangat berguna kepada setiap manusia’ – Anjo Aik

“Saya berharap kerjasama antara hospital, komuniti setempat serta syarikat korporat dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi manfaat penduduk luar bandar,” katanya.

Inisiatif tersebut merupakan siri kedua kempen seumpama itu sejak ia mula dimulakan pada 2017 dan telah membantu masalah penglihatan lebih daripada 100 orang.

Anjo Aik, seorang pesakit yang terlibat dalam kempen tersebut berkata penajaan SEB telah menunaikan impian beliau untuk melihat semula dengan jelas.

“Kesihatan mata sangat berguna kepada setiap manusia dan bagi seseorang yang tidak dapat melihat dan kini sudah dapat melihat kembali setelah menjalankan pembedahan mata,” ujarnya.

Bagi Bulan Lang dari Rumah Lori Nanga Ibau, pembedahan mata bagi kedua-dua mata telah memudahkan tugas harian beliau.

“Saya sudah berumur 67 tahun, semakin berumur, penglihatan saya semakin tidak jelas dan ia membuatkan rutin seharian saya tidak dapat dilaksanakan dengan selesa. Kini selepas mata dibedah, saya teruja kerana sudah dapat melihat.

“Inisiatif seperti ini diharap dapat dilakukan setahun sekali kerana kami yang sudah berumur mempunyai daya penglihatan yang agak lemah,” katanya.

Sejak September lalu, SEB telah membawa pasukan perubatan untuk melakukan saringan mata di klinik tempatan di Baleh dan Kapit. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan