Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin bersama kontraktor dan pegawai Majlis Bandaraya Miri ketika lawatan tapak pembinaan Terminal Bas Miri Sentral, hari ini. Foto: TVS

Terminal Bas Miri Sentral sediakan perkhidmatan bas jarak jauh

MIRI, 6 Nov: Terminal Bas Miri Sentral menyediakan perkhidmatan bas jarak jauh dan bas pelancong ke Kuching dan Indonesia apabila siap pada hujung Disember ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, terminal bas yang menelan kos sekitar RM26 juta itu, boleh memuatkan 21 bas pada satu-satu masa.

“Kita juga menyediakan tempat letak kereta mencukupi untuk orang ramai menghantar saudara-mara atau rakan mereka untuk menaiki bas atau mereka yang menaiki kereta e-hailing dan teksi,” katanya ketika melakukan lawatan ke projek pembinaan Terminal Bas Miri Sentral, hari ini.

Selain itu, kementeriannya juga melaksanakan tiga projek melebarkan jalan di Jalan Cahaya, Jalan Padang Kerbau dan Jalan Pujut Link bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di jalan tersebut.

Tiga jalan yang kementerian saya cadangkan yang kita jalankan ialah Jalan Cahaya dipanjangkan, Jalan Padang Kerbau untuk dinaik taraf kepada dua laluan dan Jalan Pujut Link yang menghubungkan ke bulatan Pujut Corner.

“Jadi itu satu lagi perkara mendesak yang perlu kita lanjutkan kepada dua laluan untuk mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di sana,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan