KOTA SAMARAHAN, 6 Nov: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan hasil pendapatan Sarawak pada tahun ini lebih tinggi berbanding tahun lalu.
Beliau memaklumkan perkara itu dalam ucapannya pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ke-27 hari ini.
“Dalam masa tiga minggu lagi, saya akan umumkan pendapatan Sarawak tahun ini, yang boleh dikatakan memecah rekod pendapatan tahun lalu,” jelasnya.
Untuk rekod, Sarawak mencatatkan pendapatan tahun kewangan 2022 berjumlah RM12 bilion yang merupakan prestasi hasil tertinggi yang pernah dicapai oleh Sarawak.
Laporan penuh menyusul. – TVS