Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Teknologi dron yang canggih daripada Aeronautics. Foto: Jennisey Mike (TVS)

Sarawak Regatta 2023 dibantu kemajuan teknologi dron dari Aeronautics

ByJennisey Mike

KUCHING, 6 Nov: Seiring dengan kemajuan teknologi terkini, acara Sarawak Regatta-Kuching 2023 disediakan dengan pemandangan udara yang luar biasa daripada teknologi dron canggih Aeronautics.

Juruterbang Aeronautics, Razalie, 44, berkata, tidak mudah untuk mengendalikan dron kerana ia memerlukan kemahiran yang tinggi untuk mengawal dron tersebut dan memerlukan persediaan yang rapi sebelum dapat digunakan untuk merakam suasana perlumbaan.

“Kami sebenarnya bukan mengendalikan dron sahaja. Dron yang akan merakamkan semua tetapi perlu membuat persiapan dari sudut Wi-Fi, fiber optik, dan sebagainya. Ia bukan hanya sekadar tentang mengendalikan dron sahaja dan bukannya mudah.

“Kami perlu mengadakan mesyuarat bersama pihak syarikat dan ahli pasukan terlebih dahulu untuk menentukan bagaimana kami dapat meliputi acara dari mula hingga ke akhir perlumbaan serta menilai kebolehan peralatan kami. Kami juga tiba di lokasi lebih awal iaitu lima hari sebelum Sarawak Regatta berlangsung untuk membuat persiapan peralatan, menguji penerbangan dan pemeriksaan laluan,” katanya.

Mengendalikan dron penting untuk mendapatkan sudut terbaik bagi penonton walaupun terdapat cabaran yang perlu dihadapi seperti keadaan cuaca buruk ketika itu. Ini bagi memastikan setiap detik-detik penting dapat dirakam dengan sempurna.

“Mengendalikan dron ini serupa dengan jurukamera. Matlamat kami adalah untuk mendapatkan sudut terbaik bagi penonton. Tidak mudah untuk memastikan peserta-peserta perlumbaan dirakam dengan sempurna dalam satu ‘frame’. Kami turut menghadapi cabaran terutamanya dalam keadaan cuaca buruk seperti hujan boleh menyebabkan kemungkinan gangguan isyarat. Namun begitu, perkembangan dalam teknologi telah meningkatkan kebolehan isyarat sekarang bertambah lebih baik,” jelas Razalie.

Menurut Razalie, mereka terbahagi kepada empat pasukan yang bertanggungjawab untuk membuat liputan pada peringkat yang berbeza iaitu pada peringkat permulaan, pertengahan dan pengakhiran acara. Setiap kumpulan ini akan memainkan peranan mereka masing-masing bagi mendapatkan ‘footage’ terbaik.

“Kami mempunyai empat pasukan yang bertanggungjawab untuk peringkat yang berbeza dalam regatta. Kami menyusun pasukan kami dengan teliti untuk memastikan liputan bagi permulaan, pertengahan, dan akhir acara. Biasanya orang akan tengok untuk ‘footage’ permulaan dan akhir. Kami menyusun kemampuan dan kekuatan berdasarkan di mana kami perlu ada.

“Sebab itulah kita lihat semua dron-dron ini dan kepakaran MC dan MCP, mereka mahir dalam menentukan ‘footage’ yang terbaik. Pengalaman kami telah mengajar kami bagaimana untuk merakam ‘footage’ terbaik. Banyak rakan kami yang mempunyai latar belakang dalam media membantu kami bagaimana untuk mengambil ‘footage’ yang menarik kepada penonton. Itu bukanlah sesuatu yang mudah dijangka,” tambahnya lagi.

Perjalanan Aeronautics bermula pada tahun 2015 dan sekarang ini mereka menyediakan liputan untuk Regatta di Saratok, Pusa dan Sarawak Regatta pula adalah pada setiap tahun, serta beberapa lagi acara lain yang akan datang. Acara Sarawak Regatta tahun ini menggunakan lapan jenis dron yang mempunyai kemampuan HD untuk lebih menumpukan kepada penggambaran dan memerlukan sistem yang baik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan