Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan: Envato

Lima individu disyaki curi kabel TM ditahan

ByBernama

MELAKA, 5 Nov: Polis menahan tiga lelaki dan dua wanita selepas disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) dianggarkan bernilai RM8,500 di Sungai Rambai, Jasin, di sini hari ini.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, kesemua suspek berusia antara 19 dan 37 tahun itu ditahan di sekitar daerah Jasin serta Muar dan Tangkak, Johor

Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati seorang daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Menurutnya, tangkapan dilakukan susulan satu laporan polis dibuat seorang Juruteknik TM pada 1.45 pagi tadi setelah menerima maklumat daripada Sistem Alarm Fiber berkaitan kerosakan kabel di Sungai Rambai, Jasin.

“Pemeriksaan yang dijalankan di lokasi mendapati terdapat kabel lebih kurang 250 meter telah dipotong,”  katanya dalam kenyataan malam ini.

Zainol berkata, turut dirampas dua kenderaan, lapan gelung kabel telekomunikasi dan beberapa peralatan yang dipercayai digunakan bagi memotong kabel. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan