Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai berhimpun semasa "National March on Washington for Free Palestine" sambil menyeru gencatan senjata antara Israel dan Hamas, di Freedom Plaza di Washington, DC. Foto: AFP

Puluhan ribu berhimpun di Washington DC, bersolidariti bersama rakyat Palestin

ByBernama

WASHINGTON, D.C., 5 Nov: Puluhan ribu peserta berarak dan berhimpun di Washington pada Sabtu bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin, menggesa gencatan senjata segera di tengah-tengah serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza yang terkepung.

Perarakan yang bertema “National March on Washington for Free Palestine,” menyaksikan puluhan ribu penunjuk perasaan dari seluruh Amerika Syarikat (AS) berarak ke Freedom Plaza Washington DC bagi menuntut keganasan Israel dihentikan serta-merta, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Demonstrasi kali ini merupakan antara sokongan solidariti terbesar untuk rakyat Palestin setakat ini.

Perarakan itu diadakan serentak dengan protes serupa di bandar-bandar lain di seluruh dunia, dan ia merupakan sebahagian daripada usaha menyeru gencatan senjata kedua-dua pihak serta menamatkan bantuan ketenteraan AS dan Barat kepada Israel.

Brian Becker, iaitu pengarah gabungan Answer dalam ucapannya di perhimpunan itu berkata, bahawa sokongan orang ramai di AS untuk rakyat Palestin telah “memasuki era baharu tidak seperti sebelum ini.”

Menurut Becker, perubahan berlaku “secara pantas,” tetapi bukan semata-mata disebabkan oleh tindakan di Kongres atau Rumah Putih. Sebaliknya, ia timbul hasil usaha masyarakat dan individu yang sanggup turun ke jalanan.

“Perubahan datang daripada kami… Kami menghantar mesej yang kuat, mesej yang sangat kuat kepada Joe Biden: jika anda menyokong pembunuhan beramai-ramai, kami menganggap anda bersalah atas genosid,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan