KUCHING, 4 Nov: Pelancaran produk minuman kesihatan pertama berasal dari Sarawak ‘Green Vivo’ diilhamkan daripada penekanan amalan gaya hidup sihat kepada pengguna.
Produk jenama Green Vivo tersebut telah melancarkan formula baharu yang menggunakan tumbuhan sterol sebagai bahan utama kandungan.
Minuman kesihatan tersebut dilancarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin yang mewakili Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian di sini, hari ini.
“Ia adalah satu penghormatan buat saya, sebagai wakil rakyat, untuk melancarkan minuman kesihatan pertama yang berasal daripada Sarawak ini.
“Pencapaian anak Sarawak dalam melancarkan produk kesihatan Green Vivo adalah sebagai pengiktirafan dari segi inovasi dan keusahawanan,” ujarnya.
Hadir sama pada majlis berkenaan Pengarah Urusan, Lenoard Tan Kwok Wei.
Sementara Itu, Pakar Diet Lim Ler Sheang berkata bagi mengurangkan masalah risiko penyakit kardiovaskular dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya rakyat Sarawak, Green Vivo mempunyai misi untuk memulihkan kesihatan orang awam dengan melancarkan produk minuman kesihatan organik yang berkhasiat.
“Hasil kajian kami menemui bahawa kebanyakan orang ramai sibuk dengan aktiviti seharian.
“Walaupun ada sebahagian daripada mereka mengamalkan diet yang seimbang namun mereka masih berisiko dan mengambil masa untuk mendapatkan kadar paras kolestrol yang optimum.
“Dengan pengambilan Green Vivo dalam diet mereka ia akan membantu untuk mengawal kadar paras kolestrol kerana kandungan utama produk ini adalah sterol.
“Dalam setiap ‘sachet’ ini terdapat dua gram sterol dan jika diambil dalam diet pemakanan ia membantu mengurangkan paras kolestrol dan mengembalikan paras kolestrol kepada paras normal,” ujarnya.
Green Vivo ialah minuman kesihatan yang menyasarkan pengguna dalam mencari solusi untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Green Vivo tinggi dengan protein, kaya dengan serat dan kalsium.
Green Vivo bukan sahaja membantu dalam sintesis protein, tetapi juga menggalakkan pencernaan yang sihat dan menyokong gigi dan tulang yang kuat.
Green Vivo kini boleh dibeli di Edon Pharmacy, terletak di GalaCity dan Tabuan Tranquility, Kuching.
Green Vivo terdapat dalam tiga perisa iaitu asli, kopi dan coklat.
Anda boleh dapatkan sampel minuman tersebut di pusat beli-belah The Hills pada 4 dan 5 November. – TVS