KUCHING, 5 Nov: Rata-rata pelanggan yang hadir ke Program ‘Customer Day Out’ anjuran Raya Khas sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-35 memberi maklum balas positif terhadap perkhidmatan syarikat berkenaan.
Seorang pelanggan raya khas, Sim Poh Kok berkata, dia berpuas hati dengan layanan diberikan penasihat jualan Raya Khas ketika berurusan membeli kereta.
“Hari ini adalah hari bertuah saya kerana mendapat hadiah utama dan berasa sangat gembira. Jurujual yang merupakan kawan lama saya telah memberi perkhidmatan sangat baik.
“Saya menggalakkan rakan-rakan dan ahli keluarga saya untuk datang membeli kereta baharu atau kereta terpakai di Raya Khas,” katanya kepada TVS, hari ini.
Bagi Dewi Nastila, seorang usahawan katering, beliau turut mengesyorkan orang ramai membeli kereta menggunakan perkhidmatan Raya Khas.
“Saya suka berurusan dengan syarikat ini kerana mereka mengatur urusan jual beli dengan baik. Bagi saya, servis Raya Khas amat memuaskan,” ujarnya.
Sementara itu, Felicia Chong turut gembira dengan kereta yang diterima malah berpuas hati dengan servis perkhidmatan selepas jualan.
“Perkhidmatan pelanggan yang sangat baik dan mereka mempunyai tawaran yang baik semasa saya berurusan jual beli dan saya turut mengesyorkan syarikat ini kepada rakan-rakan saya,” katanya. – TVS