Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Hasbi Habibollah bergambar bersama peserta Program Kem Eksplorasi Belia Peringkat Parlimen Limbang Tahun 2023 di Dewan KEMAS. Foto: TVS

Kerajaan ambil serius masalah belia – Hasbi

LIMBANG, 4 Nov: Golongan belia yang menjadi aset pembangunan dan kepimpinan negara diingatkan agar terus menjauhi segala masalah sosial, jenayah, penyalahgunaan dadah dan isu sosial lain.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, kerajaan mengambil serius masalah yang melibatkan belia dalam masalah sosial, termasuk dadah yang kebanyakannya disebabkan pengaruh daripada rakan sebaya.

“Janganlah para belia mendekati kegiatan tidak baik dan masalah sosial lain, sebaliknya fokus untuk menuntut ilmu dan menyertai aktiviti yang lebih baik, membuka minda seperti program ekonomi dan sebagainya untuk penghidupan yang lebih bererti.

“Kebanyakan masalah sosial termasuk dadah disebabkan oleh pengaruh rakan-rakan dan sebagainya,” katanya pada Majlis Perasmian Program Kem Eksplorasi Belia Peringkat Parlimen Limbang Tahun 2023 di Dewan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) hari ini.

Jelas Hasbi, golongan belia perlu mengelak daripada terjebak dengan segala anasir masalah sosial yang boleh meleburkan masa depan mereka.

Menurutnya, para belia harus menggunakan peluang yang diberikan untuk menimba ilmu pengetahuan dengan berusaha gigih dalam perjuangan memperlengkapkan diri untuk merebut peluang-peluang yang disediakan kerajaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan